Revision for Microsoft Office - Word
9 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ulangkaji bagi aplikasi Microsoft Office iaitu menggunakan Word. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang memerlukan mereka untuk menulis karangan bebas topik menggunakan Word. Peserta juga mengguna pakai beberapa butang seperti penggunaan font dan paragraph seperti yang pernah dipelajari pada kelas sebelum ini.
Antara butang yang digunakan sepanjang kelas ini selain melatih tubi menaip adalah font jenis Arial yang bersaiz 12, justify alignment serta 1.5 spacing. Selain itu, peserta juga diuji dengan menggunakan butang bold, italic dan underline. Akhir sekali, peserta diminta untuk menyimpan tugasan karangan mereka ke dalam fail atau folder yang mereka buat sendiri di Desktop. Sepanjang kelas, peserta memberikan kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: